#YLE: INK-FLUENCE PERKASA BELIA BINTULU KUASAI PENULISAN DIGITAL DAN AI | KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
» NEWS » #YLE: INK-FLUENCE PERKASA BELIA BINTULU KUASAI PENULISAN DIGITAL DAN AI

#YLE: INK-FLUENCE PERKASA BELIA BINTULU KUASAI PENULISAN DIGITAL DAN AI

BINTULU, 10 Januari 2026 – Program #YLE: INK-FLUENCE – Digital Content Mastery telah berjaya dilaksanakan di TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu, menghimpunkan golongan belia dalam satu platform pembelajaran dinamik yang menekankan penguasaan penulisan digital dan pengaruh kandungan dalam era teknologi masa kini.

Program satu hari secara hibrid ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta bersemuka dan 100 orang peserta dalam talian, melibatkan belia berumur 16 hingga 26 tahun. Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai cabaran interaktif dan simulasi penulisan yang menggabungkan elemen kecerdasan buatan (AI) dan penceritaan strategik bagi menghasilkan kandungan digital yang berkesan serta memberi impak positif kepada komuniti.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua penceramah berpengalaman, iaitu Encik Ahmad Azamuddin bin Jamil dan Encik Roslan Ismail, yang berkongsi kepakaran serta pengalaman sebenar dalam bidang penulisan profesional, komunikasi digital dan pengurusan kandungan berimpak tinggi.

Antara fokus utama program ini adalah untuk memperkasa belia dengan keyakinan serta kemahiran penulisan digital, khususnya dalam penghasilan proposal, pembentangan, laporan, artikel dan kandungan media sosial. Peserta turut dibimbing dalam membina naratif yang menarik, merangka strategi kandungan yang berkesan serta memanfaatkan alat digital dan AI untuk penjanaan idea, penyuntingan dan penghasilan kandungan yang lebih efisien dan beretika.

Program ini juga menekankan aspek komunikasi beretika, keyakinan diri dan keupayaan menghasilkan kandungan yang berfokuskan audiens, selari dengan keperluan dunia digital yang semakin kompetitif.

Program #YLE: INK-FLUENCE – Digital Content Mastery ini dianjurkan oleh Youth, Leadership and Entrepreneurship (YLE) UPMS dengan kerjasama TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu, serta sokongan strategik daripada Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB), Centre for the Advancement of Language Competence (CALC@UPMS) dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC@UPMS).

Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan semua pihak dalam melahirkan generasi belia celik digital, berdaya saing dan bersedia menjadi agen perubahan yang berpengaruh dalam landskap digital masa depan.

Date of Input: 21/01/2026 | Updated: 21/01/2026 | lanz

MEDIA SHARING

KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
086855201
086855888
F, (07:14:14pm-07:19:14pm, 26 Jan 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]