BINTULU, 11 April 2026 – YLE–KUUB MindWell Programme: Cognitive, Emotional & Leadership Wellness 2026 telah berjaya dilaksanakan di TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu, menghimpunkan pelajar dan belia dalam satu platform pembangunan diri yang menekankan kesejahteraan kognitif, pengurusan emosi serta pembentukan kepimpinan berimpak.
Program secara hibrid ini telah disertai oleh seramai 120 orang peserta, melibatkan 40 peserta bersemuka dari institusi tempatan dan sekolah menengah, serta 80 peserta dalam talian termasuk penyertaan antarabangsa dari Brunei dan Kalimantan (Indonesia).
YLE–KUUB MindWell Programme: Cognitive, Emotional & Leadership Wellness 2026 dianjurkan oleh Youth, Leadership and Entrepreneurship (YLE), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan kerjasama TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu, serta sokongan strategik daripada Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB), Centre of Advancement and Language Competency (CALC) dan Information and Communication Development Center (IDEC).
Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan aktiviti interaktif dan sesi perkongsian yang memfokuskan kepada pemikiran berkesan, pengurusan emosi dan pembangunan kepimpinan. Program ini turut meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan mental, di samping membina kemahiran komunikasi, empati dan keyakinan diri. Peserta juga digalakkan untuk membuat refleksi kendiri serta membina jaringan sosial yang positif.
Program ini telah diketuai oleh Pengarah Program, Sarah Via Anak Jerine, bersama barisan jawatankuasa yang komited dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program. Sesi perkongsian turut disampaikan oleh dua penceramah berpengalaman, iaitu Dr. Chan Siaw Leng dan Puan Hairunisah Binti Abdul Rahman, yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam bidang kesejahteraan emosi, pemikiran dan kepimpinan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkasa generasi belia dengan kemahiran kognitif, kecerdasan emosi dan kepimpinan, seterusnya melahirkan individu yang seimbang, berdaya saing dan bersedia memimpin masa hadapan.










Date of Input: 15/04/2026 |
Updated: 21/04/2026 | lanz
MEDIA SHARING