Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi UPM Sarawak (UPMS) terus memperkukuh agenda keselamatan makanan dan pertanian lestari melalui penganjuran Congress on Sustainable Agriculture and Food Security 2026 (COSAFS2026) yang menghimpunkan pakar antarabangsa, penyelidik, pembuat dasar serta pemain industri bagi berkongsi penyelesaian terhadap cabaran sistem makanan global.
Bersempena kongres itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, turut melancarkan AgriHub yang diterajui UPM Sarawak sebagai platform transformasi sektor agromakanan negeri ke arah pertanian pintar, pengkomersialan teknologi dan pembangunan komuniti.
Bertemakan Feeding the Future, Fostering Sustainable Food, COSAFS2026 turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan SEDC Nutreco Sdn. Bhd. bagi memperkukuh kerjasama penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi agromakanan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UPM dalam memacu penyelesaian berimpak tinggi melalui penyelidikan, kolaborasi strategik dan inovasi demi memperkukuh keterjaminan makanan serta pembangunan agroindustri negara.
Date of Input: 17/08/2026 |
Updated: 17/08/2026 | lanz
MEDIA SHARING