LAWATAN KERJA SEKRETARIAT KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) | KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
» NEWS » LAWATAN KERJA SEKRETARIAT KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB)

LAWATAN KERJA SEKRETARIAT KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB)

Pada 22 hingga 26 Januari 2024 yang lepas, pihak Sekretariat Kehormat Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) yang diterajui Pengerusi Pengasas KUUB, Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini telah mengadakan Lawatan Kerja Sekretariat KUUB ke beberapa buah universiti di Sarawak dan juga Brunei Darussalam.
 
Dalam usaha memperluaskan pengantarabangsaan UPMKB dan juga KUUB melalui jaringan universiti di Borneo, pihak sekretariat KUUB telah berbincang dan merancang beberapa projek dan juga aktiviti bagi tahun 2024 dalam usaha meningkatkan kerjasama yang dapat memantapkan taraf pendidikan di kepulauan Borneo.
 
Lawatan kerja ini melibatkan beberapa universiti ahli KUUB, antaranya ialah Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak Campus dan tiga universiti di negara Brunei Darussalam iaitu Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Brunei Darussalam(UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
 
Lawatan kerja ini juga turut diwakili oleh ahli Sekretariat Kehormat Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB), Tuan Haji Fakhzan bin Haji Buang, Ts. Dr. Suhaili bin Mustafa, Encik Noor Hakim Ahmad, Puan Hajjah Siti Rajanah bt Abdul Aziz dan En. Mohammad Syukri bin Mohammad Adnan. Semoga dengan usaha ini dapat membawa kampus UPMKB untuk lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 30/07/2024 | Updated: 30/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
086855201
086855888
Z, (02:50:18pm-02:55:18pm, 13 Jan 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]