BENGKEL RESUME YLE - KUUB HIMPUN LEBIH 120 PESERTA SECARA FIZIKAL DAN DALAM TALIAN | KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
» NEWS » BENGKEL RESUME YLE - KUUB HIMPUN LEBIH 120 PESERTA SECARA FIZIKAL DAN DALAM TALIAN

BENGKEL RESUME YLE - KUUB HIMPUN LEBIH 120 PESERTA SECARA FIZIKAL DAN DALAM TALIAN

BINTULU, 6 Disember 2025 - Lebih 120 peserta dari dalam dan luar negara menyertai YLE - KUUB Young Leaders Workshop on Resume Series - “From Campus to Career: Resume Building Workshop”, yang berlangsung secara hibrid (fizikal dan dalam talian). Program ini dianjurkan oleh Youth Leadership and Entrepreneurship (YLE) dengan kerjasama Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB).
 
Bengkel yang diadakan di TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu ini menghimpunkan pelajar universiti dari Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, selari dengan matlamat KUUB sebagai jaringan kerjasama strategik serantau dalam pembangunan pelajar serta pengantarabangsaan. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penulisan resume profesional, penyusunan struktur yang efektif serta strategi meningkatkan kebolehpasaran diri dalam dunia pekerjaan masa kini.
 
Pelbagai modul telah dijalankan termasuk pengenalan fungsi resume, teknik membina resume yang kuat, cara menyesuaikan resume mengikut keperluan industri, kesilapan lazim yang perlu dielakkan, serta sesi praktikal membina resume secara langsung. Pendekatan interaktif daripada penceramah jemputan, Puan Joyce Morris Kapong ini memberi ruang kepada peserta untuk memahami secara mendalam keperluan semasa pasaran kerja.
 
Pengarah Program, Philip Anak John, menzahirkan rasa syukur atas sambutan luar biasa, khususnya daripada peserta antarabangsa. Beliau berharap bengkel ini dapat membantu golongan belia mengasah potensi diri dan meningkatkan peluang kerjaya mereka pada masa hadapan.
 
“Penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai universiti, termasuk dari luar negara, menunjukkan betapa pentingnya kemahiran penulisan resume dalam persediaan kerjaya belia masa kini,” katanya.
 
Dalam pada itu, Penyelaras YLE, Nur Asyiqin Binti Zaidi turut menzahirkan penghargaan kepada rakan strategik utama, TEGAS, atas sokongan padu serta tajaan yang membolehkan bengkel ini dilaksanakan dengan lancar. Kerjasama erat antara YLE, KUUB, UPMS dan TEGAS menyerlahkan komitmen bersama dalam memperkasa pembangunan bakat belia Borneo.
 
Program ini dijangka akan menjadi salah satu siri pembangunan pelajar yang berterusan di bawah inisiatif YLE, selaras dengan usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan di peringkat serantau dan antarabangsa.

 
 
 

 

Date of Input: 10/12/2025 | Updated: 10/12/2025 | lanz

MEDIA SHARING

KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
086855201
086855888
Z, (07:48:48am-07:53:48am, 13 Jan 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]