Year 2025 | KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO 127
» NEWS & MEDIA » Video » Year 2025

Year 2025

LIVE Astro Awani Pagi, 1 Julai 2025 - Mendepani Cabaran Pendidikan Tinggi di Sarawak

MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN TINGGI DI SARAWAK

Bersama Provos Universiti Putra Malaysia Sarawak, Prof. Dr. Shahrul Shahrul Shahrul untuk mengetahui apa antara bentuk cabaran yang didepani dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada anak muda di Sarawak serta bagaimana ia menanganinya bersesuaian dengan penjenamaan semula institusi itu menjadi UPMS.


Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI



LIVE TVS UTAMA, 21 Julai 2025 - SARAWAK PACU BUDAYA INTEGRITI SERANTAU MENERUSI BIIS 2025

SARAWAK PACU BUDAYA INTEGRITI SERANTAU MENERUSI BIIS 2025

Sarawak bakal menjadi tumpuan serantau apabila menganjurkan Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo (BIIS) 2025 yang dijadual berlangsung dari 29 hingga 30 Julai ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, sidang kemuncak berprestij itu dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh Borneo termasuk Sabah, Brunei, Kalimantan dan Filipina. “BIIS 2025 bukan sekadar seminar konvensional sebaliknya merupakan platform strategik untuk membentuk generasi pemimpin muda berintegriti tinggi.

Sementara itu, Pengarah UPMS, Prof. Dr Shahrul Razid Sarbini menyifatkan BIIS 2025 sebagai langkah berani memperkukuh jaringan pendidikan dan kepimpinan serantau. “Ini kali pertama sidang kemuncak bertaraf antarabangsa dianjurkan dengan penyertaan 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Borneo. “Fokus utamanya adalah membudayakan nilai integriti dalam kalangan pemimpin muda,” jelasnya.

Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI



LIVE TVS Utama, 29 Julai - BIIS 2025 : Sarawak Perkasa Tadbir Urus Telus

KUCHING: Penganjuran Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo 2025 (Borneo International Integrity Summit – BIIS 2025) disifatkan sebagai satu penanda aras penting dalam memperkasa nilai integriti, kepimpinan beretika dan ketelusan dalam kalangan masyarakat rantau Borneo.

Persidangan dua hari yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan menghimpunkan lebih 800 peserta dari Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Kalimantan, Semenanjung Malaysia, Singapura dan Filipina. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, dalam ucapannya berkata, penganjuran BIIS 2025 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh budaya integriti di semua peringkat masyarakat.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), dan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) atas kejayaan menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa ini,” katanya.

Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI

 Festival Kesenian Islam 2025 (iFEST2025) Edisi Ke-3

Pada Oktober 2019 dan Ogos 2023, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menganjurkan iFest2019 dan iFest2023 (Edisi Ke-2).

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya bukan sahaja menarik minat penyertaan peserta daripada Sarawak malah juga mampu menarik penyertaan peserta daripada Semenanjung Malaysia dan luar negara seperti Brunei Darussalam.

Dari aspek pengisian program, secara amnya ianya terbuka kepada semua masyarakat umum dan tidak hanya memfokuskan kepada penyertaan masyarakat beragama Islam sahaja. Berdasarkan kepada penganjuran iFest sebelum ini, ianya dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat dan maklum balas melalui soal selidik pasca program mencadangkan untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Menyedari hakikat bahawa kesenian Islam itu perlu dihargai dan ditonjolkan, Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMS sekali lagi telah menganjurkan Festival Kesenian Islam 2025 (iFest2025) (Edisi Ke-3) pada tahun ini. Beberapa aktiviti sama ada berbentuk pertandingan atau bukan pertandingan akan dianjurkan dan boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat.

Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI

 

 LIVE TVS, 8 Sept 2025 - Kuching tuan rumah Kongres Ternakan Veterinar Sedunia 2025

Siaran Langsung TVS, 8 September 2025 Kuching Tuan Rumah Kongres Ternakan Veterinar Sedunia 2025 KUCHING, 8 Sept: Bandar raya ini bakal melakar sejarah apabila menjadi tuan rumah Kongres Ternakan Veterinar Sedunia (WVPAC) ke-23 dari 6 hingga 10 Oktober 2025 yang dijangka menghimpunkan lebih 1,500 delegasi dari hampir 50 negara.

Penganjuran julung kali di Sarawak itu dianggap satu kejayaan besar selepas Malaysia berjaya memenangi proses bidaan untuk menjadi tuan rumah. Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan kerjasama Sarawak dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menubuhkan kursus perubatan veterinar di Bintulu bagi meningkatkan tenaga profesional dalam bidang tersebut.

Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI

 LIVE RTM, 9 Sept 2025 - KUUB2025 Perkukuh Kerjasama Pembangunan Belia, Akademik & Kerjasama Industri

Siaran Langsung RTM | 09 SEPTEMBER 2025 KONVENSYEN ANTARABANGSA KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) 2025; PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN BELIA, AKADEMIK KERJASAMA INDUSTRI

Kota Kinabalu : Penganjuran Konvensyen Antarabangsa Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) 2025 berupaya menjadi pemangkin kepada agenda pembangunan belia, jaringan akademik dan kerjasama industri. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ruslan Muharam berkata, himpunan itu turut membuka ruang kolaborasi rentas sektor dan sempadan yang secara tidak langsung memperluas pendedahan generasi muda kepada wacana serantau dan antarabangsa.

Selain itu katanya, himpunan itu turut meningkatkan literasi kepimpinan, diplomasi dan advokasi dalam kalangan mahasiswa dan belia. “Himpunan ini turut memberi peluang jaringan strategik dengan pemimpin muda Borneo dan tokoh akademik yang berpengaruh.

“Ia juga dapat menyuntik semangat kepimpinan berteraskan nilai, berwawasan global namun berpijak di bumi Sabah dan mengukuhkan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui penglibatan belia dan mahasiswa dalam ekosistem pembangunan mampan dan kepimpinan masa depan,” katanya.

“Borneo Bermartabat”


Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI

 LIVE RTM, 11 Sept 2025 : Deklarasi Belia Borneo – Fokus Pembangunan Belia Serantau

Kota Kinabalu, 10 September – Sejarah baharu pembangunan belia serantau tercipta apabila Deklarasi Belia Borneo dimeterai sempena Borneo Youth Leader Summit (BYLS2025) yang berlangsung dengan penuh gemilang.

Deklarasi bersejarah ini disempurnakan oleh Pengerusi Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB), YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, yang menegaskan bahawa agenda pembangunan belia serantau menjadi keutamaan dalam memastikan generasi muda Borneo mampu bersaing di pentas global. Lima kluster utama pembangunan belia serantau digariskan dalam deklarasi tersebut, meliputi aspek pendidikan, kebolehpasaran, kepimpinan, inovasi serta kesejahteraan sosial. Kluster ini menjadi panduan strategik dalam memperkukuh hala tuju belia Borneo ke arah melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

Menurut Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, insentif dan inisiatif yang dirangka memberi fokus khusus kepada pendidikan dan kebolehpasaran belia, sekali gus membuka ruang luas kepada peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran serta peningkatan daya saing serantau.

Deklarasi ini diyakini akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama pelbagai pihak termasuk universiti, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan serta komuniti belia bagi melahirkan generasi pemimpin muda Borneo yang progresif, inklusif dan berdaya tahan.

Dengan termeterainya Deklarasi Belia Borneo, BYLS2025 kini dilihat sebagai platform utama yang menyatukan suara generasi muda Borneo dalam mencorakkan masa depan rantau ini.

“Borneo Bermartabat”

Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI

 LIVE RTM TV1,12 Sept 2025 - Borneo Youth Leaders Summit Terjemah Suara Belia Borneo

Siaran Langsung RTM TV1 | 12 September 2025

Borneo Youth Leaders Summit - Terjemah Suara Belia Borneo Suara Belia Borneo bergema di Kota Kinabalu, Dari idea ke aksi, Borneo Youth Leaders Summit 2025 (BYLS2025) menjadi pentas utama yang menyatukan aspirasi generasi muda sempena Konvensyen Antarabangsa Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB).

Belia Borneo bangkit dengan visi bersama mencorak masa depan rantau yang progresif, inklusif dan bermartabat. “Borneo Bermartabat”

Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI

Updated:: 13/08/2026 [lanz]

MEDIA SHARING

KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
086855205
-
X, (01:34:14pm-01:39:14pm, 24 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]