KUUB Himpun 15 Universiti Di Borneo.
Siaran langsung #BuletinUKAS EDISI TENGAH HARI | 30 MAC 2023.
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
Sekitar Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) - 30 Mac 2023.
30 Mac 2023 - Sekitar Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) yang diadakan mingu lepas. Sebanyak 16 universiti awam dan milik kerajaan di kepulauan Borneo telah berjaya dihimpunkan menerusi penganjuran sulung Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) yang diterajui Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
Siaran langsung Unhas TV Indonesia, 6 Mac 2024.
Unhas Jadi Tuan Rumah Konsortium Negara Serumpun.
Petikan berita media Majlis Deklarasi Bersama Antara Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) Dengan Konsorsium Perguruan Tinggi Negeri Kawasan Timur Indonesia (KPTN-KTI) dan Bengkel Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat Indonesia (LPPM).
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
Majlis Perasmian Koferensi Antarabangsa Islam Borneo ke 15 KAIB XV.
Majlis Perasmian Koferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-15 (KAIB XV) yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Barakas Brunei Darussalam pada 5 Jun 2024.
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
LIVE Astro Awani Pagi, 1 Julai 2025 - Mendepani Cabaran Pendidikan Tinggi di Sarawak
MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN TINGGI DI SARAWAK
Bersama Provos Universiti Putra Malaysia Sarawak, Prof. Dr. Shahrul Shahrul Shahrul untuk mengetahui apa antara bentuk cabaran yang didepani dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada anak muda di Sarawak serta bagaimana ia menanganinya bersesuaian dengan penjenamaan semula institusi itu menjadi UPMS.
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
LIVE TVS UTAMA, 21 Julai 2025 - SARAWAK PACU BUDAYA INTEGRITI SERANTAU MENERUSI BIIS 2025
SARAWAK PACU BUDAYA INTEGRITI SERANTAU MENERUSI BIIS 2025
Sarawak bakal menjadi tumpuan serantau apabila menganjurkan Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo (BIIS) 2025 yang dijadual berlangsung dari 29 hingga 30 Julai ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, sidang kemuncak berprestij itu dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh Borneo termasuk Sabah, Brunei, Kalimantan dan Filipina. “BIIS 2025 bukan sekadar seminar konvensional sebaliknya merupakan platform strategik untuk membentuk generasi pemimpin muda berintegriti tinggi.
Sementara itu, Pengarah UPMS, Prof. Dr Shahrul Razid Sarbini menyifatkan BIIS 2025 sebagai langkah berani memperkukuh jaringan pendidikan dan kepimpinan serantau. “Ini kali pertama sidang kemuncak bertaraf antarabangsa dianjurkan dengan penyertaan 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Borneo. “Fokus utamanya adalah membudayakan nilai integriti dalam kalangan pemimpin muda,” jelasnya.
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
LIVE TVS Utama, 29 Julai - BIIS 2025 : Sarawak Perkasa Tadbir Urus Telus
KUCHING: Penganjuran Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo 2025 (Borneo International Integrity Summit – BIIS 2025) disifatkan sebagai satu penanda aras penting dalam memperkasa nilai integriti, kepimpinan beretika dan ketelusan dalam kalangan masyarakat rantau Borneo.
Persidangan dua hari yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan menghimpunkan lebih 800 peserta dari Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Kalimantan, Semenanjung Malaysia, Singapura dan Filipina. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, dalam ucapannya berkata, penganjuran BIIS 2025 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh budaya integriti di semua peringkat masyarakat.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), dan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) atas kejayaan menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa ini,” katanya.
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
Festival Kesenian Islam 2025 (iFEST2025) Edisi Ke-3
Pada Oktober 2019 dan Ogos 2023, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menganjurkan iFest2019 dan iFest2023 (Edisi Ke-2).
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya bukan sahaja menarik minat penyertaan peserta daripada Sarawak malah juga mampu menarik penyertaan peserta daripada Semenanjung Malaysia dan luar negara seperti Brunei Darussalam.
Dari aspek pengisian program, secara amnya ianya terbuka kepada semua masyarakat umum dan tidak hanya memfokuskan kepada penyertaan masyarakat beragama Islam sahaja. Berdasarkan kepada penganjuran iFest sebelum ini, ianya dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat dan maklum balas melalui soal selidik pasca program mencadangkan untuk dilaksanakan pada masa akan datang.
Menyedari hakikat bahawa kesenian Islam itu perlu dihargai dan ditonjolkan, Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMS sekali lagi telah menganjurkan Festival Kesenian Islam 2025 (iFest2025) (Edisi Ke-3) pada tahun ini. Beberapa aktiviti sama ada berbentuk pertandingan atau bukan pertandingan akan dianjurkan dan boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat.
Sila layari Laman Youtube >>> KLIK DISINI
Updated:: 29/08/2025 [lanz]

Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia