MESYUARAT DAN PENGENALAN KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) | KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
» BERITA » MESYUARAT DAN PENGENALAN KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB)

MESYUARAT DAN PENGENALAN KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB)

Pada 10 Januari 2025 (Jumaat), UiTM Cawangan Sabah telah menjadi tuan rumah bagi Sesi Mesyuarat dan Pengenalan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB).
 
Majlis ini dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Dr. Shahrulrazid Bin Sarbini, Pengerusi Pengasas KUUB dan Pengarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, serta Profesor Dr. Mohammad Saffree Jeffree, Penolong Naib Canselor (Strategik) Universiti Malaysia Sabah.
 
Turut hadir ialah delegasi daripada UiTM Cawangan Sabah, Universiti Malaysia Sabah, dan ahli Konsortium Universiti Universitas Borneo. Mesyuarat ini bertujuan untuk menerangkan KUUB kepada UiTM dan UMS serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi-institusi pengajian tinggi di Borneo bagi memacu kecemerlangan akademik dan penyelidikan.
 
"Borneo Bermartabat"
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 04/02/2025 | Kemaskini: 04/02/2025 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
086855201
086855888
F, (06:39:53am-06:44:53am, 04 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]