Sarawak terus melakar langkah progresif dalam memperkukuh ekosistem agrimakanan menerusi pelaksanaan AgriHub dan penubuhan School of Veterinary and Animal Science (SVAS). UPMS. Inisiatif strategik ini dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti pertanian, pembangunan kepakaran tempatan serta pengukuhan industri ternakan yang lebih mampan dan berdaya saing.
Selaras dengan aspirasi Sarawak sebagai hab agromakanan berteknologi tinggi, AgriHub mengintegrasikan penyelidikan, inovasi dan penglibatan komuniti bagi menjamin keterjaminan makanan, manakala SVAS bakal melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang veterinar, kesihatan haiwan dan pembangunan industri ternakan.
Sebagai tuan rumah 3rd Congress on Sustainable Agriculture and Food Security (COSAFS2026), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) berbangga menjadi sebahagian daripada platform antarabangsa yang menghimpunkan penyelidik, akademia, industri dan pembuat dasar dalam memacu agenda pertanian mampan serta keterjaminan makanan masa hadapan.
Tarikh Input: 17/08/2026 |
Kemaskini: 17/08/2026 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA