KUNJUNGAN HORMAT KUUB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA UMS | KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT KUUB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA UMS

KUNJUNGAN HORMAT KUUB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA UMS

Kota Kinabalu, 18 Ogos 2025 – KUUB telah mengadakan lawatan kerja rasmi sekaligus membincangkan dua agenda utama yang berlangsung pada hari ini, iaitu:
 
✨ Kunjungan Hormat dan Perbincangan Sekretariat KUUB ke Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)
✨ Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran bersama International Conference on Borneo Sustainability (ICBS 2025)
 
KUUB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UMS atas sambutan mesra serta kesudian menjadi tuan rumah persidangan tersebut.
 
Kunjungan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara KUUB dan UMS, malah membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam memperjuangkan agenda kelestarian serta pembangunan pendidikan tinggi serantau.
 
Dengan semangat “Borneo Bermartabat”, KUUB komited untuk terus menjalin kerjasama erat demi kecemerlangan bersama dan kemajuan Borneo yang berdaya saing di persada antarabangsa.
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 19/08/2025 | Kemaskini: 19/08/2025 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
086855201
086855888
S, (10:31:03am-10:36:03am, 02 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]