BADANSA DANCE TROUPE (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) RANGKUL JOHAN KESELURUHAN CITRA TARI NUSANTARA 2025 : ANGKAT MARTABAT SENI TARI NUSANTARA | KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
» NEWS » BADANSA DANCE TROUPE (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) RANGKUL JOHAN KESELURUHAN CITRA TARI NUSANTARA 2025 : ANGKAT MARTABAT SENI TARI NUSANTARA

BADANSA DANCE TROUPE (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) RANGKUL JOHAN KESELURUHAN CITRA TARI NUSANTARA 2025 : ANGKAT MARTABAT SENI TARI NUSANTARA

BINTULU, 24 September – BADANSA DANCE TROUPE (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) mencipta sejarah apabila berjaya merangkul Anugerah Platinum Johan (Keseluruhan) Citra Tari Nusantara 2025 (CTN2025) yang berlangsung penuh gemilang di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
 
Kemenangan itu melayakkan UPM membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta sijil penghargaan dan piala. Naib Johan (Keseluruhan) pula dimenangi oleh STUDIO SENI NUSANTARA (UNIVERSITAS BORNEO TARAKAN, INDONESIA) dengan hadiah wang tunai RM3,000.00 berserta sijil dan piala, manakala Tempat Ketiga (Keseluruhan) disandang oleh KELAB TAMING MAS (UNIVERSITI MALAYSIA SABAH) yang turut menerima hadiah wang tunai RM2,000.00 berserta sijil dan piala.
 
Selain kejuaraan utama, anugerah sampingan turut dipertandingkan:
Anugerah Koreografi Terbaik (Tarian Kreatif Etnik): Universiti Putra Malaysia (UPM) – RM500.00 + sijil
Anugerah Busana Terbaik: Universiti Malaysia Sabah (UMS) – RM500.00 + sijil
Anugerah Susunan Muzik Terbaik: Universitas Borneo Tarakan (UBT), Indonesia – RM500.00 + sijil
 
CTN2025 adalah merupakan pertandingan tarian etnik kreatif yang menghimpunkan 10 universiti serantau Malaysia dan Indonesia antaranya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universitas Borneo Tarakan (UBT) Indonesia.
 
Majlis penutup CTN2025 disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM. Turut hadir adalah Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Sarawak; En. Murshid bin Md Hussain, Pegawai Kebudayaan, Pusat Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia mewakili Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM), Tuan Haji Fakhzan bin Hj. Buang, Ketua Sekretariat Kehormat Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB); serta Encik Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMS merangkap Pengerusi CTN2025.
 
Dalam ucapannya, Prof. Dr. Arifin Abdu menegaskan bahawa CTN2025 adalah platform penting dalam memartabatkan seni budaya serantau:
 
“CTN2025 bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi sebuah jambatan budaya yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia. Inilah manifestasi bagaimana seni tari menjadi wahana penyatuan serumpun dan simbol kekuatan identiti Nusantara di persada dunia.”
 
Sementara itu, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini berkata penganjuran CTN2025 berjaya menempatkan Bintulu di peta kesenian antarabangsa:
 
“Penganjuran CTN2025 telah mengangkat Bintulu sebagai destinasi kesenian antarabangsa. Lebih daripada itu, ia memperlihatkan betapa seni budaya mampu menjadi bahasa sejagat yang menyatukan masyarakat merentas sempadan.”
 
Dengan kejayaan penganjuran ini, CTN2025 bukan sekadar pentas pertandingan, malah terbukti menjadi platform penyatuan budaya Malaysia–Indonesia, dan mengangkat keindahan tari etnik serantau sebagai simbol identiti Nusantara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
 
Senarai Penuh Keputusan Pertandingan:

Anugerah Platinum
  1. Johan (Keseluruhan) : Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. Naib Johan (Keseluruhan ) : Universitas Borneo Tarakan (UBT)
  3. Ketiga (Keseluruhan) : Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Anugerah Emas
  1. Pertama : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Kedua : Universiti Malaya (UM)
  3. Ketiga : Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)
 
Anugerah Perak
  1. Pertama : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  2. Kedua : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  3. Ketiga : Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
 
Anugerah Gangsa
  1. Pertama : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 
Anugerah Sampingan

Anugerah Koreografi Terbaik
  1. Pertama : Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. Kedua : Universitas Borneo Tarakan (UBT)
  3. Ketiga : Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Anugerah Busana Terbaik
  1. Pertama : Universiti Malaysia Sabah (UMS))
  2. Kedua : Universiti Putra Malaysia (UPM)
  3. Ketiga : Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)
 
Anugerah Susunan Muzik Terbaik
  1. Pertama : Universitas Borneo Tarakan (UBT)
  2. Kedua : Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)
  3. Ketiga : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

 

Date of Input: 02/10/2025 | Updated: 02/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
086855201
086855888
F, (06:07:02am-06:12:02am, 02 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]